MOVING

May 26, 2008

I have moved to www.ikhwanjabilin.blogspot.com

DO VISIT ME THERE

However

THIS SITE WILL STILL CONTINUED

 

Advertisements

Selamat Hari Guru 2008

May 17, 2008
SELAMAT HARI GURU 2008
Guru oh Guru
(Usman Awang)
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

GHAPUR TURUT KEMUKA TUNTUTAN HAK SABAH

May 13, 2008

 

From; New Sabah Times 13 th May 2008

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Haji Abdul Ghapur Haji Salleh kelmarin menghangatkan persidangan Dewan Rakyat apabila membuat beberapa tuntutan tegas, ber-kaitan hak-hak rakyat Negeri Sabah.

Antara tuntutan yang dikemukakan, beliau mahu Barisan Kabinet Perseku-tuan dirombak semula bagi memberi peluang kepada pemimpin dari negeri itu dipilih dan diberi jawatan yang lebih baik di dalam barisan Kabinet yang baru. Ini kerana katanya, kemenangan pemimpin Barisan Nasional (BN) di Sabah pada pilihan raya lepas adalah faktor utama yang membolehkan BN menu-buhkan Kerajaan Persekutuan hari ini.

Bagaimanapun jelasnya, adalah agak menyedihkan apabila jumlah Ahli Parli-men yang dipilih menganggotai barisan Kabinet Persekutuan adalah tidaklah setimpal, malah mereka hanya diberi portfolio-portfolio yang kurang penting.

“Ada negeri lain, dapat tujuh menteri penting. Ada negeri kalah, dapat tiga menteri penting. Jadi kita minta kepada YAB Perdana Menteri, buat rombakan balik. Bagi Sabah menteri yang penting,” katanya Abdul Ghapur yang sebelum ini meletak jawatan sebagai Timbalan Men-teri Sumber Asli dan Alam Sekitar. “Kita mahu keadilan, bukan (mahu) Parti Keadilan (Rakyat). Jangan cakap orang Sabah mengarut, kita mesti ambil serius (masalah mereka),” katanya yang berharap rombakan itu dapat dilakukan sebelum akhir tahun ini.

Abdul Ghapur, yang pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata Sabah masih dianaktirikan dan keluhan wakil rakyat dari negeri itu sering “masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sahaja”.

Menurutnya ucapan Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) di Dewan Rakyat minggu lepas semasa bercakap mengenai ura-ura wakil Sabah melompat parti adalah sebenarnya mencerminkan sentimen rakyat Sabah.

Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanya Anifah mengapa wakil-wakil Sabah mahu “tukar dari ru-mah banglo ke rumah teres”, dan Anifah menjawab, “lebih baik rumah teres jika tidak selesa tinggal di rumah banglo”.

Abdul Ghapur juga menyifatkan jawatan timbalan menteri yang diberi kepada beliau dan Anifah sebagai suatu penghinaan, kerana menurutnya, Sabah dan Sarawak telah menyelamatkan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan Persekutuan sekarang.

“Sabah dan Sarawak yang menyelamatkan BN tetapi jawatan tiga menteri tidak ada makna kepada rakyat Sabah. Ini memalukan rakyat Sabah…harus diperbaiki dan tidak boleh dibiarkan. Sudahlah ketinggalan, kemudian dianaktirikan, diasingkan,” katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang DiPertuan Agong di Dewan Rakyat, kelmarin.

Katanya walaupun wakil-wakil di Sabah tidak akan melompat parti, mereka mungkin boleh menubuhkan parti baru dan “kita boleh join (sertai) sini atau join sana”.

Abdul Ghapur menjelaskan bahawa rakyat Sabah masih mundur hinggakan ada yang masih minum air perigi, rumah berdinding daun atap dan murid sekolah duduk atas lantai, tetapi kerajaan Persekutuan sering memberi alasan bahawa peruntukan tidak cukup.

Tuntutan kedua yang dibangkitkannya pula me-libatkan jumlah royalti minyak yang diberi kepada negeri itu yang tegasnya, harus dinaikkan dari 5 peratus setahun kepada 20 peratus, bersamaan RM 2 bilion setahun.

Apabila jumlah itu dinaikkan ujarnya, pembangunan yang lebih pesat tentunya akan dapat dilakukan oleh Kerajaan Negeri, selain pembangunan lebih rancak dapat di jana dan masalah rakyat dapat diatasi.

Perkara seterusnya pula, Ghapur juga menuntut dan meminta agar rakyat Sabah tidak dianak-tirikan atau dilayan sebagai rakyat kelas kedua di negara ini. Ini kerana ujarnya, beliau kesal melihat masih banyak masalah rakyat di negeri itu yang tidak diselesaikan dan apabila ia disuarakan oleh Ahli Parlimen. Sebagai contoh katanya, masalah kemudahan asas masih lagi menjadi masalah utama, seperti masalah bekalan elektrik yang sering terputus walaupun di bandar-bandar besar.

Tidak setakat itu kata beliau, meskipun Menteri Pendidikan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein mengumumkan yang Sabah mendapat peruntukan pendidikan sebanyak RM 3.43 bilion, namun isu ber-kaitan kemudahan pendidikan masih terus berlaku. “Jadi, mana itu peruntukan? Kita mahukan keadilan,” katanya.

Sementara hal lain yang turut disuarakan beliau ialah berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin di Sabah, khasnya yang melibatkan pemberian dokumen IMM 13 kepada rakyat Filipina.

Ghapur mempersoalkan tindakan pihak kemen-terian mengeluarkan dokumen IMM12 kepada pendatang Filipina, walaupun ketika ini tidak berlaku lagi peperangan di negara jiran itu.

Tindakan tersebut katanya menyebabkan negeri Sabah dibanjiri pendatang tanpa izin dan beliau mahu menteri yang terlibat bertanggungjawab ke atas perkara tersebut.


Ghapur: PM should revamp Federal Cabinet

May 13, 2008
from: DAILY EXPRESS NEWS  13.05.2008


Ghapur: PM should revamp Federal Cabinet  

http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=57422
Kuala Lumpur: A Sabah Barisan Nasional (BN) backbencher on Monday chided the Federal Government in the Dewan Rakyat, saying the grouses of the people in Sabah should not be viewed lightly as this could bring about major implications in the next general election.
Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), who resigned as the Deputy Minister of Natural Resources and Environment last month, also suggested that Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi reshuffle the Cabinet and give more important portfolios to representatives from Sabah.
“We want justice. Don’t say we Sabahans are talking nonsense,” he said when debating the motion of thanks on the address by the Yang di-Pertuan Agong.
Ghapur, who was once a Sabah Deputy Chief Minister, claimed that the State was still being sidelined and that the grouses voiced by the people through their representatives, had not been really listened to.
He also said the speech by Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) in the Dewan Rakyat last week was a reflection of the sentiment in Sabah.
Anifah had said that it was not wrong to switch parties or “to vacate a bungalow and move in to a terrace house if we are not given sufficient room in the bungalow”.
Ghapur also described the Deputy Minister’s posts offered to him and Anifah as “an insult” because he said Sabah, together with Sarawak, had saved the BN in the March 8 general election, enabling the coalition to remain in power.

Anifah had been appointed Deputy Transport Minister but declined the appointment.

“Sabah and Sarawak saved the day for the BN. But the three ministerial posts given to the State is meaningless to the Sabah people. This is an embarrassment to Sabah and should be fixed,” he said.

Ghapur said: “A certain state was given seven important ministerial posts.

Another state, where BN lost, was given four ministerial posts; where is justice? We want the Prime Minister to reshuffle the Cabinet and give Sabah the important posts.”

Ghapur said even though the representatives from Sabah might not cross over to the opposition, they might form new parties and “we can then have the options of joining them.”

He said the matter should be given serious attention as it was something that could happen.

Ghapur also spoke about the condition in Sabah where many people were still living in attap houses and relying on wells for water supply.

There were also students who had to sit on the floor because of the lack of chairs in classrooms, he said.

Ghapur said even though he was speaking as though he was an opposition member, he hoped that the leadership would accept the reality and take his words as a form of constructive criticism.

He also called on Federal Ministers to come to Sabah and see for themselves how they could help improve the situation.

Ghapur also asked that the oil royalty given to Sabah be increased from five per cent to 20 per cent, and for Sabah news to be given more slots during prime time.

Met by reporters later, Ghapur said, he would not switch party.

Asked whether Umno was still relevant in Sabah, he said, Umno remained relevant in the hearts of the Malays.

“But if people no longer listen to what Umno has to say, then the party will cease to be relevant.

“If no one will listen to what I’ve just said, then a tsunami will hit and I, and many of my friends, will be swept away in the next election,” he said.

Meanwhile, Rural and Regional Development Deputy Minister Tan Sri Joseph Kurup said there were some truths in what Ghapur had said.

However, the BN had also been bringing development projects into the State over the years, he said.

For instance, he said, under the Ninth Malaysia Plan, Sabah had been allocated a total of RM10 billion, which is the highest among the states.

The issue was whether the Government was capable of implementing the project, said Kurup, who is Pensiangan MP.

“Unlike in Sabah, the need for rural development in the peninsula is not as pressing. In Sabah, we are yearning for development,” he said.

Asked on the cabinet reshuffle as suggested by Ghapur, Kurup said, the matter was for the Prime Minister to decide.

 

 

 

 

 

 

 


‘Rakyat Sabah bukan warga kelas kedua’

May 13, 2008

‘Rakyat Sabah bukan warga kelas kedua’

BH online 13.05.2008

Oleh Magendran Rajagopal, Sazarina Shahrim, Mohamed Farid Noh dan Norliza Wasilan

Abdul Ghapur tak mahu Pusat lengahkan projek pembangunan

KUALA LUMPUR: Kepemimpinan Barisan Nasional (BN) diminta tidak terus mengetepikan rakyat Sabah dalam arus pembangunan negara jika mahu mengelakkan tsunami politik melanda negeri itu seperti di Semenanjung pada pilihan raya umum lalu.

Ahli Parlimen Kalabalakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh dalam nada tegas, berkata pembangunan Sabah harus disegerakan, manakala royalti minyak dinaikkan daripada lima peratus kepada 20 peratus atau RM2 bilion supaya pembangunan dapat dilakukan segera.

“Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia tetapi dianggap seperti rakyat kelas kedua. Sudah lama kita menunggu pembangunan tetapi sampai sekarang tidak kunjung tiba.
“Jawapan yang sering diberikan apabila kita minta peruntukkan ialah wang sudah tiada. Rakyat Sabah beri BN kuasa, jangan sampai mereka melucutkan kuasa itu daripada kita,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau juga sekali lagi mengingatkan kerajaan pusat Sabah sudah banyak berjasa termasuk menjadi tonggak kemenangan BN untuk terus mengekalkan kuasa dan wajar jika segala tuntutan pembangunan di negeri itu dipandang serius.

Abdul Ghapur yang menolak menjadi Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar juga menggesa rombakan Kabinet dilakukan segera bagi memberi peluang kepada lebih banyak wakil rakyat Sabah memegang jawatan dalam kerajaan.

“Kita ada tiga menteri di Kabinet tetapi yang jaga muzium…semuanya bukan kementerian penting sedangkan Sabah dan Sarawak mewakili 58 kerusi yang dimenangi BN.

“Walaupun saya minta ambil tindakan serius, tidak bermakna membayangkan nak lompat parti. Tak pernah… kita tidak masuk pembangkang tapi kalau buat parti baru, kita join (sertai) sini (menunjukkan kepada pembangkang), ini kemungkinan.

“Kalau tsunami politik sampai ke Sabah, dengan saya-saya sekali tenggelam jika kerajaan pusat tidak mengambil tindakan,” katanya yang berharap segala yang diperkatakannya itu tidak disalah tafsir sebagai mewakili pembangkang, sebaliknya dianggap sebagai teguran membina.

Beliau juga menegaskan wakil rakyat BN Sabah tidak akan melompat parti, tetapi tidak menolak kemungkinan akan wujud parti baru di negeri itu jika tuntutan rakyat Sabah tidak dihiraukan pemimpin negara dengan segera.

“Sabah dan Sarawak selamatkan BN tetapi ada negeri dapat sampai tujuh menteri, malah ada negeri yang kalah dapat empat menteri penting. Jadi, kita minta Perdana Menteri rombak Kabinet, bagi balik jawatan menteri penting kepada Sabah.

“Saya dan Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) tak berani terima jawatan timbalan menteri kerana ini penghinaan…orang Sabah marah,” katanya.

Beliau berkata antara isu yang belum diselesaikan adalah pendidikan dan menggesa Kementerian Pelajaran turun padang menyaksikan sendiri kedaifan sekolah di negeri itu sehingga ada pelajar yang terpaksa meniarap di lantai berlapikkan surat khabar berikutan ketiadaan kerusi dan meja.

“Sebagai contoh, makanan berzat di sekolah, ada yang diberikan mi segera Ini budak sekolah tetapi di beri makanan tidak berzat macam kucing di rumah,” katanya.


IS IT A FACT?

April 28, 2008

When I read through the online daily express today, an article striked me and attract my attention. In this article, Dr.Jeffry Kitingan, who is the vice president of Party Keadlan Rakyat, claimed that the federal government has looked down on Sabah since 1963. Is it a fact? If it is not, what is the real story..

Click below to read the full article:
http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=57187

 

 

 


SELAMAT DATANG, WELCOME, AHLAN WASAHLAN

March 29, 2008

Assalamualaikum w.b.t

Nice to meet u guys again. It has been along time I did not do any writing through the net. In mean while, I have been quite buzy in dealing with my study for the 2007/2008 academic session. Definitely, it was quite challenging year.

First of all I would like to express my gratefulness to you for visiting this website. Insyaallah, I will use this blog to convey some new issues, news, and also my opinions upon the matters that occuring around us.

Hopefully that we can share and get benifits from every word and phrase that I wrote here. And finally, I wish that everybody can be frank and open heartedly to express your opinion, suggestion and even critism to what I have written.

However, I also hope that the language that being used will be parallel with the teaching of Islam as well as the noble value of humanity.

Your Kindest,

Mohd Ikhwan Bin Jabilin