|
|
|
| From; New Sabah Times 13 th May 2008
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Haji Abdul Ghapur Haji Salleh kelmarin menghangatkan persidangan Dewan Rakyat apabila membuat beberapa tuntutan tegas, ber-kaitan hak-hak rakyat Negeri Sabah. Antara tuntutan yang dikemukakan, beliau mahu Barisan Kabinet Perseku-tuan dirombak semula bagi memberi peluang kepada pemimpin dari negeri itu dipilih dan diberi jawatan yang lebih baik di dalam barisan Kabinet yang baru. Ini kerana katanya, kemenangan pemimpin Barisan Nasional (BN) di Sabah pada pilihan raya lepas adalah faktor utama yang membolehkan BN menu-buhkan Kerajaan Persekutuan hari ini. Bagaimanapun jelasnya, adalah agak menyedihkan apabila jumlah Ahli Parli-men yang dipilih menganggotai barisan Kabinet Persekutuan adalah tidaklah setimpal, malah mereka hanya diberi portfolio-portfolio yang kurang penting. “Ada negeri lain, dapat tujuh menteri penting. Ada negeri kalah, dapat tiga menteri penting. Jadi kita minta kepada YAB Perdana Menteri, buat rombakan balik. Bagi Sabah menteri yang penting,” katanya Abdul Ghapur yang sebelum ini meletak jawatan sebagai Timbalan Men-teri Sumber Asli dan Alam Sekitar. “Kita mahu keadilan, bukan (mahu) Parti Keadilan (Rakyat). Jangan cakap orang Sabah mengarut, kita mesti ambil serius (masalah mereka),” katanya yang berharap rombakan itu dapat dilakukan sebelum akhir tahun ini. Abdul Ghapur, yang pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata Sabah masih dianaktirikan dan keluhan wakil rakyat dari negeri itu sering “masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sahaja”. Menurutnya ucapan Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) di Dewan Rakyat minggu lepas semasa bercakap mengenai ura-ura wakil Sabah melompat parti adalah sebenarnya mencerminkan sentimen rakyat Sabah. Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanya Anifah mengapa wakil-wakil Sabah mahu “tukar dari ru-mah banglo ke rumah teres”, dan Anifah menjawab, “lebih baik rumah teres jika tidak selesa tinggal di rumah banglo”. Abdul Ghapur juga menyifatkan jawatan timbalan menteri yang diberi kepada beliau dan Anifah sebagai suatu penghinaan, kerana menurutnya, Sabah dan Sarawak telah menyelamatkan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan Persekutuan sekarang. “Sabah dan Sarawak yang menyelamatkan BN tetapi jawatan tiga menteri tidak ada makna kepada rakyat Sabah. Ini memalukan rakyat Sabah…harus diperbaiki dan tidak boleh dibiarkan. Sudahlah ketinggalan, kemudian dianaktirikan, diasingkan,” katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang DiPertuan Agong di Dewan Rakyat, kelmarin. Katanya walaupun wakil-wakil di Sabah tidak akan melompat parti, mereka mungkin boleh menubuhkan parti baru dan “kita boleh join (sertai) sini atau join sana”. Abdul Ghapur menjelaskan bahawa rakyat Sabah masih mundur hinggakan ada yang masih minum air perigi, rumah berdinding daun atap dan murid sekolah duduk atas lantai, tetapi kerajaan Persekutuan sering memberi alasan bahawa peruntukan tidak cukup. Tuntutan kedua yang dibangkitkannya pula me-libatkan jumlah royalti minyak yang diberi kepada negeri itu yang tegasnya, harus dinaikkan dari 5 peratus setahun kepada 20 peratus, bersamaan RM 2 bilion setahun. Apabila jumlah itu dinaikkan ujarnya, pembangunan yang lebih pesat tentunya akan dapat dilakukan oleh Kerajaan Negeri, selain pembangunan lebih rancak dapat di jana dan masalah rakyat dapat diatasi. Perkara seterusnya pula, Ghapur juga menuntut dan meminta agar rakyat Sabah tidak dianak-tirikan atau dilayan sebagai rakyat kelas kedua di negara ini. Ini kerana ujarnya, beliau kesal melihat masih banyak masalah rakyat di negeri itu yang tidak diselesaikan dan apabila ia disuarakan oleh Ahli Parlimen. Sebagai contoh katanya, masalah kemudahan asas masih lagi menjadi masalah utama, seperti masalah bekalan elektrik yang sering terputus walaupun di bandar-bandar besar. Tidak setakat itu kata beliau, meskipun Menteri Pendidikan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein mengumumkan yang Sabah mendapat peruntukan pendidikan sebanyak RM 3.43 bilion, namun isu ber-kaitan kemudahan pendidikan masih terus berlaku. “Jadi, mana itu peruntukan? Kita mahukan keadilan,” katanya. Sementara hal lain yang turut disuarakan beliau ialah berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin di Sabah, khasnya yang melibatkan pemberian dokumen IMM 13 kepada rakyat Filipina. Ghapur mempersoalkan tindakan pihak kemen-terian mengeluarkan dokumen IMM12 kepada pendatang Filipina, walaupun ketika ini tidak berlaku lagi peperangan di negara jiran itu. Tindakan tersebut katanya menyebabkan negeri Sabah dibanjiri pendatang tanpa izin dan beliau mahu menteri yang terlibat bertanggungjawab ke atas perkara tersebut. |
May 20, 2008 at 12:35 am
em, macam mana pandangan ko tuk selaku wakil sabah? hehe
May 20, 2008 at 12:39 am
isu ni, pada aku isu yg penting jugak. bukan disebabkan takut ahli parlimen sabah melompat atau keluar parti. tapi ni isu kemaslahatan rakyat sabah. memang tak adil kalau sabah dianaktirikan. jgn tengok sabah di KK je, macam dato Anifah ckp. byk lg kawasan pedalaman sbh yg takde bekalan air, letrik dan jalan raya yg sempurna.
pandangan tok selaku rakyat ranau camne tok?
May 26, 2008 at 4:29 am
saya persependapat dengan saudara. Malah turut sama dengan pemimpin-pemimpin sbah yang telah menyuarakannya di parlimen. The govenment should do something.