I have moved to www.ikhwanjabilin.blogspot.com
DO VISIT ME THERE
However
THIS SITE WILL STILL CONTINUED
I have moved to www.ikhwanjabilin.blogspot.com
DO VISIT ME THERE
However
THIS SITE WILL STILL CONTINUED
|
|
|
| From; New Sabah Times 13 th May 2008
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Haji Abdul Ghapur Haji Salleh kelmarin menghangatkan persidangan Dewan Rakyat apabila membuat beberapa tuntutan tegas, ber-kaitan hak-hak rakyat Negeri Sabah. Antara tuntutan yang dikemukakan, beliau mahu Barisan Kabinet Perseku-tuan dirombak semula bagi memberi peluang kepada pemimpin dari negeri itu dipilih dan diberi jawatan yang lebih baik di dalam barisan Kabinet yang baru. Ini kerana katanya, kemenangan pemimpin Barisan Nasional (BN) di Sabah pada pilihan raya lepas adalah faktor utama yang membolehkan BN menu-buhkan Kerajaan Persekutuan hari ini. Bagaimanapun jelasnya, adalah agak menyedihkan apabila jumlah Ahli Parli-men yang dipilih menganggotai barisan Kabinet Persekutuan adalah tidaklah setimpal, malah mereka hanya diberi portfolio-portfolio yang kurang penting. “Ada negeri lain, dapat tujuh menteri penting. Ada negeri kalah, dapat tiga menteri penting. Jadi kita minta kepada YAB Perdana Menteri, buat rombakan balik. Bagi Sabah menteri yang penting,” katanya Abdul Ghapur yang sebelum ini meletak jawatan sebagai Timbalan Men-teri Sumber Asli dan Alam Sekitar. “Kita mahu keadilan, bukan (mahu) Parti Keadilan (Rakyat). Jangan cakap orang Sabah mengarut, kita mesti ambil serius (masalah mereka),” katanya yang berharap rombakan itu dapat dilakukan sebelum akhir tahun ini. Abdul Ghapur, yang pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata Sabah masih dianaktirikan dan keluhan wakil rakyat dari negeri itu sering “masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sahaja”. Menurutnya ucapan Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) di Dewan Rakyat minggu lepas semasa bercakap mengenai ura-ura wakil Sabah melompat parti adalah sebenarnya mencerminkan sentimen rakyat Sabah. Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanya Anifah mengapa wakil-wakil Sabah mahu “tukar dari ru-mah banglo ke rumah teres”, dan Anifah menjawab, “lebih baik rumah teres jika tidak selesa tinggal di rumah banglo”. Abdul Ghapur juga menyifatkan jawatan timbalan menteri yang diberi kepada beliau dan Anifah sebagai suatu penghinaan, kerana menurutnya, Sabah dan Sarawak telah menyelamatkan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan Persekutuan sekarang. “Sabah dan Sarawak yang menyelamatkan BN tetapi jawatan tiga menteri tidak ada makna kepada rakyat Sabah. Ini memalukan rakyat Sabah…harus diperbaiki dan tidak boleh dibiarkan. Sudahlah ketinggalan, kemudian dianaktirikan, diasingkan,” katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang DiPertuan Agong di Dewan Rakyat, kelmarin. Katanya walaupun wakil-wakil di Sabah tidak akan melompat parti, mereka mungkin boleh menubuhkan parti baru dan “kita boleh join (sertai) sini atau join sana”. Abdul Ghapur menjelaskan bahawa rakyat Sabah masih mundur hinggakan ada yang masih minum air perigi, rumah berdinding daun atap dan murid sekolah duduk atas lantai, tetapi kerajaan Persekutuan sering memberi alasan bahawa peruntukan tidak cukup. Tuntutan kedua yang dibangkitkannya pula me-libatkan jumlah royalti minyak yang diberi kepada negeri itu yang tegasnya, harus dinaikkan dari 5 peratus setahun kepada 20 peratus, bersamaan RM 2 bilion setahun. Apabila jumlah itu dinaikkan ujarnya, pembangunan yang lebih pesat tentunya akan dapat dilakukan oleh Kerajaan Negeri, selain pembangunan lebih rancak dapat di jana dan masalah rakyat dapat diatasi. Perkara seterusnya pula, Ghapur juga menuntut dan meminta agar rakyat Sabah tidak dianak-tirikan atau dilayan sebagai rakyat kelas kedua di negara ini. Ini kerana ujarnya, beliau kesal melihat masih banyak masalah rakyat di negeri itu yang tidak diselesaikan dan apabila ia disuarakan oleh Ahli Parlimen. Sebagai contoh katanya, masalah kemudahan asas masih lagi menjadi masalah utama, seperti masalah bekalan elektrik yang sering terputus walaupun di bandar-bandar besar. Tidak setakat itu kata beliau, meskipun Menteri Pendidikan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein mengumumkan yang Sabah mendapat peruntukan pendidikan sebanyak RM 3.43 bilion, namun isu ber-kaitan kemudahan pendidikan masih terus berlaku. “Jadi, mana itu peruntukan? Kita mahukan keadilan,” katanya. Sementara hal lain yang turut disuarakan beliau ialah berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin di Sabah, khasnya yang melibatkan pemberian dokumen IMM 13 kepada rakyat Filipina. Ghapur mempersoalkan tindakan pihak kemen-terian mengeluarkan dokumen IMM12 kepada pendatang Filipina, walaupun ketika ini tidak berlaku lagi peperangan di negara jiran itu. Tindakan tersebut katanya menyebabkan negeri Sabah dibanjiri pendatang tanpa izin dan beliau mahu menteri yang terlibat bertanggungjawab ke atas perkara tersebut. |
Anifah had been appointed Deputy Transport Minister but declined the appointment.
“Sabah and Sarawak saved the day for the BN. But the three ministerial posts given to the State is meaningless to the Sabah people. This is an embarrassment to Sabah and should be fixed,” he said.
Ghapur said: “A certain state was given seven important ministerial posts.
Another state, where BN lost, was given four ministerial posts; where is justice? We want the Prime Minister to reshuffle the Cabinet and give Sabah the important posts.”
Ghapur said even though the representatives from Sabah might not cross over to the opposition, they might form new parties and “we can then have the options of joining them.”
He said the matter should be given serious attention as it was something that could happen.
Ghapur also spoke about the condition in Sabah where many people were still living in attap houses and relying on wells for water supply.
There were also students who had to sit on the floor because of the lack of chairs in classrooms, he said.
Ghapur said even though he was speaking as though he was an opposition member, he hoped that the leadership would accept the reality and take his words as a form of constructive criticism.
He also called on Federal Ministers to come to Sabah and see for themselves how they could help improve the situation.
Ghapur also asked that the oil royalty given to Sabah be increased from five per cent to 20 per cent, and for Sabah news to be given more slots during prime time.
Met by reporters later, Ghapur said, he would not switch party.
Asked whether Umno was still relevant in Sabah, he said, Umno remained relevant in the hearts of the Malays.
“But if people no longer listen to what Umno has to say, then the party will cease to be relevant.
“If no one will listen to what I’ve just said, then a tsunami will hit and I, and many of my friends, will be swept away in the next election,” he said.
Meanwhile, Rural and Regional Development Deputy Minister Tan Sri Joseph Kurup said there were some truths in what Ghapur had said.
However, the BN had also been bringing development projects into the State over the years, he said.
For instance, he said, under the Ninth Malaysia Plan, Sabah had been allocated a total of RM10 billion, which is the highest among the states.
The issue was whether the Government was capable of implementing the project, said Kurup, who is Pensiangan MP.
“Unlike in Sabah, the need for rural development in the peninsula is not as pressing. In Sabah, we are yearning for development,” he said.
Asked on the cabinet reshuffle as suggested by Ghapur, Kurup said, the matter was for the Prime Minister to decide.
BH online 13.05.2008
KUALA LUMPUR: Kepemimpinan Barisan Nasional (BN) diminta tidak terus mengetepikan rakyat Sabah dalam arus pembangunan negara jika mahu mengelakkan tsunami politik melanda negeri itu seperti di Semenanjung pada pilihan raya umum lalu.
Ahli Parlimen Kalabalakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh dalam nada tegas, berkata pembangunan Sabah harus disegerakan, manakala royalti minyak dinaikkan daripada lima peratus kepada 20 peratus atau RM2 bilion supaya pembangunan dapat dilakukan segera.
“Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia tetapi dianggap seperti rakyat kelas kedua. Sudah lama kita menunggu pembangunan tetapi sampai sekarang tidak kunjung tiba.
“Jawapan yang sering diberikan apabila kita minta peruntukkan ialah wang sudah tiada. Rakyat Sabah beri BN kuasa, jangan sampai mereka melucutkan kuasa itu daripada kita,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau juga sekali lagi mengingatkan kerajaan pusat Sabah sudah banyak berjasa termasuk menjadi tonggak kemenangan BN untuk terus mengekalkan kuasa dan wajar jika segala tuntutan pembangunan di negeri itu dipandang serius.
Abdul Ghapur yang menolak menjadi Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar juga menggesa rombakan Kabinet dilakukan segera bagi memberi peluang kepada lebih banyak wakil rakyat Sabah memegang jawatan dalam kerajaan.
“Walaupun saya minta ambil tindakan serius, tidak bermakna membayangkan nak lompat parti. Tak pernah… kita tidak masuk pembangkang tapi kalau buat parti baru, kita join (sertai) sini (menunjukkan kepada pembangkang), ini kemungkinan.
“Kalau tsunami politik sampai ke Sabah, dengan saya-saya sekali tenggelam jika kerajaan pusat tidak mengambil tindakan,” katanya yang berharap segala yang diperkatakannya itu tidak disalah tafsir sebagai mewakili pembangkang, sebaliknya dianggap sebagai teguran membina.
Beliau juga menegaskan wakil rakyat BN Sabah tidak akan melompat parti, tetapi tidak menolak kemungkinan akan wujud parti baru di negeri itu jika tuntutan rakyat Sabah tidak dihiraukan pemimpin negara dengan segera.
“Sabah dan Sarawak selamatkan BN tetapi ada negeri dapat sampai tujuh menteri, malah ada negeri yang kalah dapat empat menteri penting. Jadi, kita minta Perdana Menteri rombak Kabinet, bagi balik jawatan menteri penting kepada Sabah.
“Saya dan Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) tak berani terima jawatan timbalan menteri kerana ini penghinaan…orang Sabah marah,” katanya.
Beliau berkata antara isu yang belum diselesaikan adalah pendidikan dan menggesa Kementerian Pelajaran turun padang menyaksikan sendiri kedaifan sekolah di negeri itu sehingga ada pelajar yang terpaksa meniarap di lantai berlapikkan surat khabar berikutan ketiadaan kerusi dan meja.
“Sebagai contoh, makanan berzat di sekolah, ada yang diberikan mi segera Ini budak sekolah tetapi di beri makanan tidak berzat macam kucing di rumah,” katanya.